Video pukul murid bukan berlaku di bawah institusi KPM

Tangkap layar video tular berkenaan kes buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Perak.
Tangkap layar video tular berkenaan kes buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Perak.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kejadian pelajar sekolah dipukul dalam sebuah rakaman video yang tular tidak melibatkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun berkata, kementerian sudah berhubung dengan pihak terlibat.

"Saya menerima hantaran video tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Mohd Radzi berkata, KPM sentiasa menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSejahtera.

Video berdurasi 10 saat itu memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain dipercayai berlaku di dalam sebuah asrama sekolah.

Ia dikesan mulai tular di laman Twitter dan mendapat perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah

'MARA akan ambil tindakan segera terhadap pelaku'

Artikel Berkaitan: