Komuniti Afrika di Sweden gesa pihak berkuasa tempatan tukar nama hutan

Pertubuhan Afro-Swedish Kebangsaan menggesa pihak berkuasa tempatan menukar nama kawasan hutan di Dalarna County kerana ia berbaur perkauman.
Pertubuhan Afro-Swedish Kebangsaan menggesa pihak berkuasa tempatan menukar nama kawasan hutan di Dalarna County kerana ia berbaur perkauman.
A
A
A

STOCKHOLM - SWEDEN. Keturunan Afrika di Sweden menggesa pihak berkuasa tempatan menukar nama kawasan hutan tidak berpenghuni di Dalarna County kerana ia 'memelihara sentimen perkauman dan perhambaan zaman silam.'

Kawasan hutan tersebut dikenali sebagai Negerbyn atau Negro Village dalam bahasa Inggeris.

Menurut Pertubuhan Afro-Swedish Kebangsaan, perkataan Negro Village sama sekali tidak sesuai digunakan kerana kawasan itu tidak menggambarkan ciri-ciri kampung.

Menurut pertubuhan itu, Negerbyn tidak berpenghuni dan hanya mempunyai satu bangunan usang, satu anak sungai dan dua kolam kecil.

"Nama hutan tersebut tidak sesuai dan golongan minoriti kulit hitam di negara ini berkecil hati kerana ia benar-benar berbaur perkauman.

"Ia perlu ditukar kerana nama tersebut diberi semasa zaman kolonial iaitu ketika kulit putih menindas orang kulit hitam di Afrika.

"Jadi, ia memang tidak sesuai digunakan pada zaman ini," kata wakil pertubuhan itu, Nantale Kitali.

Katanya lagi, permohonan rasmi bagi menukar nama hutan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan Dalarna County pada bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada 2012, sebuah lagi kampung bernama Negerbyn di daerah Mjallby dinamakan semula sebagai Osterbo. - Agensi