Covid-19 catat 5,058 kes hari ini

Sebanyak 5,058 kes positif baharu direkodkan pada Jumaat. - Foto Bernama
Sebanyak 5,058 kes positif baharu direkodkan pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 5,058 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 80 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

"Selebihnya, sebanyak 4,978 kes atau 98.4 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 ialah sebanyak 2,683,523.

"Seramai 393 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 212 lagi memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya.

Beliau berkata, sebanyak 4,997 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatifnya ialah 2,591,819 kes.

"KKM turut merekodkan tujuh kluster baharu dengan keseluruhannya sebanyak 6,029 kluster. Daripada jumlah itu, 5,779 telah tamat, manakala 250 lagi masih aktif," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara menurun kepada 0.97 berbanding 0.99 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Lima negeri masih merekodkan nilai Rt melebihi 1.0 iaitu Perlis (1.04), Negeri Sembilan (1.03), Melaka (1.03), Pulau Pinang (1.02) dan Pahang (1.0)," katanya.

Ujarnya, nilai Rt Sarawak berada pada kadar 0.71 iaitu paling rendah berbanding negeri lain.