Had umur 18 tahun calon ADUN Pulau Pinang kuat kuasa 9 Disember

Sidang DUN Pulau Pinang.
Sidang DUN Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGETOWN - Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 mengenai penurunan had umur calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun telah diwartakan dan berkuat kuasa 9 Disember 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, enakmen itu diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam setelah ia ditandatangani oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 10 November lepas.

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, dengan penguatkuasaan undang-undang tersebut, individu berusia 18 tahun ke atas boleh menjadi calon dalam pilihan raya.

“Selaras dengan pewartaan dan pelaksanaan dasar Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik mulai 15 Disember 2021, saya juga ingin menyeru golongan belia untuk meningkatkan pengetahuan literasi politik supaya menyiapkan diri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang akan terus berusaha untuk menganjurkan lebih banyak lagi program yang berkaitan supaya memastikan golongan belia dapat bersiap sedia sebelum kedatangan PRU15. - Bernama

Artikel Berkaitan: