Dua nelayan dikhuatiri lemas, insiden sampan bertembung bot

Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas sampan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot berdekatan jeti Tok Kuning, Kuala Perlis pada Khamis malam. - Gambar hiasan
Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas sampan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot berdekatan jeti Tok Kuning, Kuala Perlis pada Khamis malam. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA PERLIS - Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas sampan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot berdekatan jeti Tok Kuning di sini, pada Khamis malam.

Insiden pertembungan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa yang baru pulang dari menangkap ikan dalam perjalanan masuk ke Sungai Tok Kuning manakala bot yang dinaiki dua lagi nelayan dalam perjalanan keluar kira-kira jam 10 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden terbabit pada jam 11.40 malam dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hingga jam 2 pagi.

“Operasi dihentikan pada 2 pagi kerana keadaan gelap dan ia disambung 8.30 pagi ini.

"Operasi melibatkan 20 anggota dibantu Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, dua nelayan yang menaiki bot dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: