Pakistan haram filem Bollywood

Poster bintang Bollywood dijual di sepanjang kaki lima di Karachi.
Poster bintang Bollywood dijual di sepanjang kaki lima di Karachi.
A
A
A

KARACHI - PAKISTAN. Pakistan mengarahkan panggung wayang di seluruh negara supaya tidak menayangkan filem keluaran India, susulan ketegangan yang semakin memuncak antara dua negara itu di wilayah Kashmir.

Situasi berkenaan memaksa rangkaian pawagam terbesar di negara itu, Cinepax Cinemas menayangkan semula filem-filem lama Pakistan.

Ini bukan kali pertama arahan seumpama itu dikeluarkan kerana beberapa tahun kebelakangan ini arahan sama pernah dikuatkuasakan setiap kali berlakunya konfrontasi di kawasan Garisan Kawalan (LoC), iaitu sempadan de facto yang memisahkan Kashmir.

Filem Bollywood yang kebiasaannya berdurasi selama tiga jam amat popular dalam kalangan rakyat Pakistan.

“Jumlah pengunjung panggung wayang jatuh mendadak sejak arahan itu dikeluarkan,” kata pegawai eksekutif Media City Productions, Syed Mubashir Imam. - Agensi

Artikel Berkaitan: