Misteri di sebalik gambar telur terungkai...

Misteri sebiji telur terungkai. - Instagram @world_record_egg
Misteri sebiji telur terungkai. - Instagram @world_record_egg
A
A
A

ANTARA percaya atau tidak, gambar sebiji telur berjaya meraih tanda suka (likes) terbanyak sekali gus merampas gelaran 'ratu Instagram' Kylie Jenner pada Januari 2019.

Kedengaran agak lucu, namun gambar telur itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Awal Februari lalu, misteri gambar telur itu, akhirnya terjawab.

Imej yang tular di media sosial sehingga kini nyata merupakan satu projek mempromosikan kempen masalah kesihatan mental.

Misteri sebiji telur terungkai. - Instagram @world_record_egg
Misteri sebiji telur terungkai. - Instagram @world_record_egg

Video singkat 30 saat yang dimuat naik di Instagram @world_record_egg juga tular hingga mencuri perhatian netizen.

Antara mesej ringkas video itu, menggalakkan orang ramai yang mengalami tekanan dan tiada tempat meluahkan perasaan untuk layari talkingegg.info.

Laman web itu sangat bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah mental malah perkhidmatan itu meluas lebih 50 buah negara termasuk Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, gambar telur itu berjaya meraih 53 juta likes berbanding jumlah likes gambar anak Kylie Jenner hanya 18 juta.