X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

IMC Sdn Bhd tandatangani MoU beli Perak FC

PAFA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pengiklanan Impact Media Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai proses pengambilalihan Perak FC pada Khamis.
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pengiklanan Impact Media Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai proses pengambilalihan Perak FC pada Khamis.

Naib Presiden PAFA, Datuk Seri G Irudianathan berkata, rundingan itu mengambil tempoh selama dua minggu sebelum menandatangani perjanjian jual beli dengan fokus utama menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain yang membelenggu skuad The Bos Gaurus.

"Pihak kami percaya pengambilalihan itu akan memudahkan pertukaran maklumat berkaitan yang memerlukan perbincangan antara dua pihak sebelum diteruskan ke proses perjanjian jual beli,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis MoU tersebut di sini pada Khamis.

Irudianathan mewakili badan induk bola sepak negeri manakala IMC diwakili Pengerusinya, Khairul Mahmood yang antara lain menyifatkan MoU itu penting bagi pihaknya menyelesaikan masalah yang ada sebelum membentangkan perancangan dan masa depan Perak FC.

"Keutamaan kami menyelesaikan masalah termasuklah tunggakan gaji, kemudian barulah kami boleh membentangkan perancangan bagaimana untuk terus kekal di pasaran," katanya yang sedar isu pokok tersebut menjadi punca beberapa pemain utama pasukan ‘angkat kaki’ dan berhijrah ke tempat lain.

Tegasnya, selagi perkara itu belum diselesaikan, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tawaran atau jaminan kepada pemain kerana mereka berhak untuk membuat pemilihan masing-masing malah isu tersebut sudah sampai ke Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) serta melibatkan tindakan undang-undang.

Sebelum ini, dilapor pegangan saham Perak FC kini diambil sepenuhnya IMC sekali gus dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain sehingga tiga bulan dan kemelut dalaman yang melanda pasukan tersebut. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!