Malaysia Airlines tawar diskaun 15 peratus tambang program MHbiz Plus

Malaysia Airlines menerusi program perjalanan korporat MHbiz Plus, mengadakan promosi istimewa untuk memberi ganjaran kepada pelanggan korporat dan pekerja mereka dengan potongan 15 peratus bagi tambang untuk tempahan mulai sekarang sehingga 31 Disember 2021.Gambar hiasan
Malaysia Airlines menerusi program perjalanan korporat MHbiz Plus, mengadakan promosi istimewa untuk memberi ganjaran kepada pelanggan korporat dan pekerja mereka dengan potongan 15 peratus bagi tambang untuk tempahan mulai sekarang sehingga 31 Disember 2021.Gambar hiasan
A
A
A

MALAYSIA Airlines menerusi program perjalanan korporat MHbiz Plus, mengadakan promosi istimewa untuk memberi ganjaran kepada pelanggan korporat dan pekerja mereka dengan potongan 15 peratus bagi tambang untuk tempahan mulai sekarang sehingga 31 Disember 2021.

Tempahan itu adalah bagi perjalanan dalam tempoh terdekat ini sehingga 30 April 2022, kesemua destinasi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu.

Malaysia Airlines Bhd dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, syarikat penerbangan itu memainkan peranan yang unik dalam merangsang industri perdagangan dan pelancongan sambil berinovasi dan menambah baik pengalaman perjalanan untuk memenuhi pilihan pelanggan yang berubah-ubah.

“Syarikat memperkenalkan secara konsisten tawaran baharu bagi menambah nilai kepada ahli korporat dan pekerja mereka untuk menarik minat pengembara perniagaan menyertai program korporat itu.

“Inisiatif ini akan mempercepatkan lagi permulaan semula segmen perjalanan korporat yang selamat semasa pandemik,” katanya.

Bersempena dengan cuti hujung tahun ini, promosi itu diperluaskan kepada semua ahli keluarga MHBiz Plus yang akan melancong bersama ahli korporat berkenaan, termasuk ke destinasi popular hujung tahun seperti London, Tokyo dan Singapura bagi kedua-dua penerbangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dan bukan VTL.

MHbiz Plus ialah program pelancongan korporat Malaysia Airlines yang disesuaikan secara eksklusif bagi syarikat dengan jumlah perjalanan yang besar yang lebih memilih tempahan korporat mereka diuruskan oleh syarikat pengurusan perjalanan yang dilantik.

Program itu membolehkan penyesuaian yang lebih baik bagi keperluan perjalanan pelanggan korporat dan dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dan faedah perjalanan.

Artikel Berkaitan:

Bagi maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Pengurus Perhubungan Korporat Malaysia Airlines atau layari halaman kempen di www.malaysiaairlines.com/mhbizplus. - Bernama