Harimau Malaya hampir tepati ramalan

Safawi meledak dua jaringan buat skuad negara setakat ini. - foto fb FAM
Safawi meledak dua jaringan buat skuad negara setakat ini. - foto fb FAM
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya semakin hampir menepati ramalan untuk mencatatkan Laos pada aksi kedua Kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bisham, petang ini.

Biarpun menerima asakan bertali arus daripada Laos dalam tempoh lima minit pertama, namun benteng pertahanan negara dikemudi Aidil Zafuan Razak, Shahrul Saad, Rizal Ghazali dan Syahmi Safari berjaya mengekang asakan jentera serangan Laos yang diketuai penyerang, Billy Ketkeophomphone.

Bagaimanapun, skuad negara berjaya mengekang asakan-asakan berkenaan dan berjaya bangkit mengatur asakan bagi menjaringkan dua gol menerusi Safawi Rasid pada minit ke-7 dan min-33.

Kedua-dua gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat skuad negara untuk menambah jaringan namun tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan sehingga tamat babak pertama.

Artikel Berkaitan: