‘Setiap individu termasuk saya akan dibicara di mahkamah akhirat’

Najib
Najib
A
A
A

SHAH ALAM - “Sudah tentu, setiap individu termasuk saya juga akan dibicara di mahkamah akhirat nanti,” kata Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu memaklumkan bahawa beliau telah dibicarakan di mahkamah dan didapati bersalah serta dihukum penjara selama 12 tahun untuk pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada Rabu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau akan terus membela diri di peringkat rayuan seterusnya iaitu di Mahkamah Persekutuan dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, saya nyatakan atas nama ALLAH. Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu.

“Mahkamah akhirat nanti hakimnya ALLAH,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: