Spritzer terima anugerah jenama terbaik 2021-2022

Anugerah yang dimenangi oleh Spritzer bagi jenama terbaik 2021-2022
Anugerah yang dimenangi oleh Spritzer bagi jenama terbaik 2021-2022
A
A
A

SPRITZER Malaysia (Spritzer) telah memenangi anugerah kebangsaan bagi kategori air Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2021-2022.

Spritzer menerima anugerah kebangsaan itu di dalam sebuah program pengiktirafan jenama perdana anjuran World Branding Forum pada 25 November 2021.

Pengeluar air mineral terkemuka itu dalam kenyataannya berkata, anugerah yang berlangsung secara maya itu merupakan Anugerah Penjenamaan Dunia edisi ke-14 – Jenama Terbaik 2021-2022 menyaksikan lebih daripada 5,300 jenama dari lebih 60 negara dicalonkan di pelbagai kategori, dengan 500 jenama memenangi anugerah, yang ditetapkan mengikut tiga kategori – global, serantau dan kebangsaan.

"Spritzer berbangga kerana sekali lagi memenangi anugerah ini. Kejayaan ini merupakan pengesahan penting kepada populariti dan kepercayaan pelanggan dan pengguna setia jenama Spritzer, dan saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan padu yang diberikan. Tanpa anda, Spritzer tidak akan berada di sini hari ini,” kata Pengarah Spritzer Dr. Chuah Chaw Teo.

Anugerah Penjenamaan Dunia mempunyai proses penghakiman dan pengundian yang mengambil kira penyertaan orang ramai menerusi undian secara dalam talian, yang mewakili 30 peratus.

Penilaian jenama oleh World Branding Forum juga mewakili 30 peratus manakala kajian pasaran konsumer yang dilaksanakan oleh World Branding Forum mewakili 40 peratus.

Menurut Dr. Chuah, anugerah kebangsaan itu diberikan hanya kepada jenama terbaik negara daripada setiap negara yang menyertai dan dihakimi sebagai benar-benar istimewa.

Hanya satu anugerah kebangsaan diberikan kepada jenama bagi sesuatu kategori produk atau perkhidmatan dari negara yang turut serta.

Artikel Berkaitan:

"Spritzer merakamkan penghargaan terhadap para pelanggan atas sokongan dan kesetiaan berterusan mereka di samping syarikat berusaha mengekalkan kualiti air mineral semula jadi yang kaya silika daripada punca air dalam tanah di kawasan seluas 330 ekar yang terletak di kawasan hutan hujan tropika di Taiping, Perak," katanya.

Air Mineral Semula jadi Spritzer juga dianugerahkan tiga bintang oleh panel-panel profesional pakar penguji rasa terdiri daripada cef dan sommeliers bagi Anugerah Superior Taste 2021 dianjurkan oleh International Taste Institute yang berpangkalan di Brussels.

Untuk mendapatkan penilaian 3 bintang, semua produk hendaklah mencapai markah keseluruhan melebihi 90% dan dianggap produk luar biasa oleh 200 ahli juri dari 20 negara yang telah dipilih dengan teliti berdasarkan pengalaman mereka sebagai penguji rasa.