Kantoi sorok dadah dalam batang paip PVC

Pil yaba bernilai RM1,440 yang disembunyikan dalam sebatang paip PVC di sebuah rumah di Tasek Hulu, Rantau Panjang pada pagi Selasa.
Pil yaba bernilai RM1,440 yang disembunyikan dalam sebatang paip PVC di sebuah rumah di Tasek Hulu, Rantau Panjang pada pagi Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang penganggur berusia 42 tahun ditahan bersama 144 biji pil yaba bernilai RM1,440 yang disembunyikan dalam sebatang paip PVC di rumahnya di Tasek Hulu, Rantau Panjang pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam serbuan jam 10.30 pagi itu polis tidak menemui barang salah dalam rumah suspek, namun hasil soal siasat suspek kemudiannya menunjukkan sebatang paip PVC berwarna putih yang disimpan dalam reban ayam.

Menurutnya, suspek mengaku dadah itu adalah miliknya dan mendapatkan bekalan daripada seorang individu bernama Jesmani yang tinggal di Tasek Pasir Putih, Rantau Panjang.

"Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dadah yang disembunyikan dalam kasut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Air Teniat, Lubok Stol pada Rabu.
Dadah yang disembunyikan dalam kasut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Air Teniat, Lubok Stol pada Rabu.

Dalam serbuan berasingan pula, Mohd Nasaruddin berkata, polis merampas 16 biji pil epam dan 200 biji pil yaba bernilai RM2,160 yang disembunyikan dalam kasut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Air Teniat, Lubok Stol pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dalam serbuan jam 5.30 petang, polis juga menahan tiga lelaki warga asing.

"Hasil saringan awal mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mengaku dadah berkenaan adalah milik mereka.

"Difahamkan, suspek mendapatkan bekalan dadah daripada seorang individu yang bernama Tok Nah yang dipercayai tinggal di Gual Sok," katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti individu berkenaan.

"Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39(A), Seksyen 12(A) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.