Penjawat awam Kedah diminta sokong usaha SPRM

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim
A
A
A

ALOR SETAR - Penjawat awam di Kedah diminta supaya sentiasa menyokong segala usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dalam menyebarluaskan mesej anti rasuah serta membanteras jenayah rasuah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, rasuah akan menjadi barah sekiranya ia tidak dibendung sehingga ke peringkat akar umbi.

"Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak sebagai individu secara amnya dan penjawat awam negeri Kedah khususnya melaporkan jenayah rasuah kepada SPRM.

"Usaha memerangi jenayah rasuah adalah tanggungjawab bersama," katanya ketika melancarkan sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2021 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan secara sidang video di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharon Nizam Abd Manap; Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri (JITU) Kedah, Balkhis Abu Bakar.

Artikel Berkaitan: