RM4.28 bilion jana ekonomi rakyat

Fadillah (kiri) bersama Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat kawasan sekitar di atas jejambat jajaran Serian, Lebuhraya Pan Borneo selepas majlis perasmian pembukaan jajaran tersebut pada 5 Disember lalu.
Fadillah (kiri) bersama Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat kawasan sekitar di atas jejambat jajaran Serian, Lebuhraya Pan Borneo selepas majlis perasmian pembukaan jajaran tersebut pada 5 Disember lalu.
A
A
A

Pelaksanaan projek beri manfaat kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik covid-19

Kementerian Kerja Raya (KKR) terus mendukung peranan sebagai peneraju pembangunan infrastruktur negara.

Semua inisiatif dan dasar yang diperkenalkan oleh KKR adalah berpandukan kepada keperluan rakyat dan penggiat industri pembinaan.

Inisiatif-inisiatif yang ditetapkan di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari KKR adalah inisiatif yang mempunyai impak langsung kepada rakyat dari segi kualiti dan keselamatan pembinaan.

Dalam program 100 hari di bawah KKR, ia merupakan strategi untuk merancakkan semula sektor pembinaan sebagai sokongan kepada misi memulih semula ekonomi di bawah RMKe-12.

Program yang dilaksanakan di bawah AKM 100 hari adalah bukti komitmen KKR dan sektor pembinaan dalam merealisasi penyampaian perkhidmatan kepada semua pemegang taruh.

KKR sesungguhnya telah mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan di bawah program AKM 100 hari apabila memperoleh 100 peratus pencapaian bagi empat AKM yang disasarkan.

Pertama, sebanyak 130 (daripada 120 Surat Setuju Terima (SST) yang disasarkan) berjaya dikeluarkan dalam tempoh 81 hari dari perlantikan semula Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya melibatkan peruntukan sebanyak RM4.28 bilion.

Artikel Berkaitan:

Dengan mempercepatkan pengeluaran SST kepada kontraktor yang layak, ia akan menggerak dan menstruktur semula ekonomi negara demi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.Penyerahan SST projek mengikut negeri iaitu, Perlis (6), Kedah (11), Pulau Pinang (6), Perak (11), Selangor (13), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9), Negeri Sembilan (9), Melaka (6), Johor (9), Pahang (10), Terengganu (12), Kelantan (11), Sarawak (7), Sabah (7) dan Wilayah Persekutuan Labuan (3).

Kedua, dari segi keselamatan di tapak pembinaan, KKR telah memperkenalkan peraturan baharu dan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Dasar KKR bagi menguatkuasakan Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standards – CIS) serta Garis Panduan Bagi Prosedur Kerja Selamat Untuk Kerja-Kerja Pembinaan oleh CIDB.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga dari kiri ) menyerahkan surat kerja kepada seorang kontraktor sambil disaksikan Fadillah (tiga dari kanan) pada majlis pembukaan Seksyen Julau Lebuhraya Pan Borneo 20 November lalu.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga dari kiri ) menyerahkan surat kerja kepada seorang kontraktor sambil disaksikan Fadillah (tiga dari kanan) pada majlis pembukaan Seksyen Julau Lebuhraya Pan Borneo 20 November lalu.

Melalui peraturan baharu ini, keselamatan dan kesihatan pekerja tapak bina dan orang awam dapat dijaga serta meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap kerajaan yang sentiasa prihatin dalam memperkasakan amalan keselamatan dan kesihatan yang tinggi dalam sesuatu projek pembinaan.Ketiga, bagi penyenggaraan pothole, sebanyak 15,973 bilangan potholes (100%) di Jalan Persekutuan bagi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan dari 1 September sehingga 30 November 2021 telah ditampal dalam tempoh 24 jam.

Fadillah amat menekankan kepada semua pihak yang bertanggungjawab khususnya konsesi dan kontraktor penyenggaraan bahawa penyenggaraan berkualiti harus menjadi keutamaan pada setiap masa dan bila-bila menerusi Majlis Aspirasi KKR 2021 pada 11 Februari 2021 lalu. Pihak konsesi dan kontraktor penyenggaraan digesa sentiasa produktif dan responsif setiap masa serta menjadi pihak pertama untuk dihubungi, pertama berada di lokasi dan pertama memberi maklum balas serta mengemaskini sebarang informasi (first contact, first at the site, first to respond and first to update).

Sementara AKM keempat terbahagi kepada dua pencapaian iaitu menambah baik jaringan lebuhraya antara bandar dengan memuktamadkan perjanjian satu lebuhraya baharu (Projek Penswastaan Petaling Jaya Dispersal Elevated Highway.

Satu lagi pencapaian ialah penstrukturan tol iaitu mendapat kelulusan prinsip kerajaan bagi mengadakan rundingan bersama syarikat-syarikat konsesi lebuhraya utama bagi tujuan penetapan kadar tol baharu yang lebih rendah berbanding kadar tol sedia agar tidak membebankan pengguna.

Namun bagi Fadillah, AKM pertama iaitu mempercepatkan pengeluaran SST dikira merupakan pencapaian terbesar.

“Pihak pengurusan tender menghadapi cabaran yang besar ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara(PPN).

“KKR juga perlu mengimbangi keperluan untuk pelaksanaan pembinaan infrastruktur untuk rakyat dalam suasana ekonomi yang agak sukar untuk negara.

“Selain itu, KKR telah meletakkan sasaran yang tinggi agar projek-projek yang akan memberikan impak yang besar untuk manfaat rakyat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Datuk Seri Fadillah Yusof
Datuk Seri Fadillah Yusof

Beliau turut memuji semua pegawai dan kakitangan KKR dan agensi khususnya Jabatan Kerja Raya telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan sasaran itu dapat dicapai.

“Hasilnya apa yang kita lihat, ia melebihi ekspektasi daripada sasaran awal yang ditetapkan malahan impak positif telah diperoleh negara hasil daripada kejayaan ini,” ujar Fadillah.

Dalam melaksanakan pembaharuan sepanjang 100 hari menjadi menteri di KKR, Fadillah menggariskan antara dua cabaran yang dihadapi beliau iaitu menambah baik jaringan lebuh raya antara bandar, iaitu Projek Penswastaan Petaling Jaya Dispersal Elevated Highway.

Satu lagi cabaran ialah mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya utama bagi tujuan mengekalkan kadar tol sedia ada atau mengurangkan kadar tol dan tidak membebankan pengguna.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pencapaian cemerlang yang telah diperoleh KKR diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua kumpulan sasar sama ada dari segi ekonomi, keselamatan, keselesaan dan selaras dengan motto KKR iaitu Ke arah Kesejahteraan Rakyat.

“Saya juga berharap KKR akan terus ke hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada Keluarga Malaysia dan pencapaian cemerlang ini tidak terhenti setakat 100 hari sahaja tetapi diteruskan pada masa-masa akan datang.

“Saya yakin KKR dan agensi mempunyai pegawai-pegawai yang amat berwibawa untuk merealisasikan hasrat ini,” tambahnya.