X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Konvoi Rasuah Busters kini bermula

Jom sertai Konvoi Rasuah Busters untuk menyebarkan kebencian terhadap rasuah.
A
A

SHAH ALAM - Detik dinanti sudah tiba apabila Konvoi #RasuahBusters menggerakkan siri jelajah kempen antirasuah ke seluruh negara bermula hari ini di sekitar Lembah Klang.

Pegawai Bahagian Acara Kumpulan Karangkraf, Pett Fithry berkata, majlis simbolik bagi pelancaran Konvoi #RasuahBusters akan diadakan di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya pada 8.30 pagi.

Menurutnya, selepas majlis pelancaran, kumpulan konvoi yang disertai oleh sebahagian besar rakan gabungan pasukan Rasuah Busters akan bergerak ke Pasar Tani MRR2, Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk aktiviti singgah santun.

“Selepas itu, kumpulan Konvoi #RasuahBusters akan berada di Stesen KTM KL Sentral dan Menara Kuala Lumpur untuk aktiviti singgah santun yang seterusnya.

“Pada sebelah malamnya pula, program Kafe Rasuah Busters akan bersiaran secara langsung di Menara Kuala Lumpur bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang membicarakan kisah hidupnya iaitu ‘Dari Tabung Haji Ke Gerai Pok Nik’,” katanya pada Rabu.

Pasukan Rasuah Busters akan mula menjelajah ke pelbagai lokasi Kuala Lumpur dan Selangor mulai hari ini.
Pasukan Rasuah Busters akan mula menjelajah ke pelbagai lokasi Kuala Lumpur dan Selangor mulai hari ini.

Sementara itu, Eksekutif Promosi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Luqman Ja’afar memberitahu, selain melibatkan sebahagian besar rakan gabungan pasukan Rasuah Busters, orang ramai dijemput hadir bagi merebut sebanyak mungkin informasi berguna untuk tidak terjebak dengan gejala rasuah.

Jelas beliau, program itu bukan sahaja sarat dengan pelbagai maklumat berinformatif, orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh pasukan Rasuah Busters.

Sebagai contoh, katanya, menerusi program Spot and Win, sekumpulan pemenang bertuah akan membawa pulang wang tunai apabila berjaya dijejaki oleh ‘pasukan pengintai’ yang bersama dengan Konvoi #RasuahBusters.

“Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 bakal menanti pemenang bertuah sepanjang Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang,” katanya

Dalam pada itu, Gabungan Anti Rasuah Nasional (GARAS) menyambut baik usaha murni pasukan Rasuah Busters menggerakkan misi Konvoi #RasuahBusters yang julung kali diadakan dalam skala besar.

Ketuanya, Dr Maimunah Sargeant berkata, usaha murni tersebut seharusnya mendapat sokongan dan penglibatan daripada semua pihak demi melihat negara Malaysia bebas jenayah rasuah.

Tegas beliau, aktiviti menyampaikan mesej antirasuah bukan hanya terbatas dalam ruang lingkup pemerintah sahaja, sebaliknya perlu bermula dengan kesedaran dan pemahaman jelas rakyat di peringkat bawah.

“Saya yakin melalui aktiviti rakyat Konvoi #RasuahBusters ini mampu memberi impak besar terutama dalam menyampaikan mesej kesedaran menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Pengasas Foodscape Volunteers, Azlan Adnan berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi sokongan kepada Konvoi #RasuahBusters kerana membawa usaha murni keseluruhan rakyat Malaysia yang mahukan gejala rasuah diatasi sepenuhnya.

Kata Azlan, meskipun dia seorang insan istimewa kerana mengalami cacat penglihatan, namun hatinya tidak cacat untuk membezakan mana yang salah dan mana yang betul.

“Penglibatan kami di Foodscape Volunteers untuk konvoi ini adalah bertujuan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia daripada semua etnik dan berbilang kaum komited untuk membebaskan negara tercinta Malaysia daripada musibah rasuah.

“Walaupun saya buta secara lahiriah dan buta dari segi undang-undang tetapi saya tidak buta dengan rasuah yang saya boleh lihat berlaku di Malaysia.

“Apabila seseorang menerima rasuah, dia sebenarnya boleh dianggap telah mencuri daripada setiap rakyat negara ini,'' ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!