X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Dua pemuda salah guna parkir OKU diminta mohon maaf: Ras Adiba

Video tersebut menunjukkan aksi seorang daripada mereka berlakon sebagai OKU dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna.
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pemuda yang merakam perbuatan mereka menggunakan parkir khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pusat beli-belah di sini, diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, tindakan mereka yang berpura-pura menjadi OKU dan menceroboh kemudahan dikhaskan itu, telah mempersendakan golongan istimewa terbabit.

“Kalian semua telah mempersenda dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda sebagai seorang OKU.

“Sudahlah (keadaan) kami susah, orang semua selalu memandang rendah terhadap kami, orang semua menggunakan kemudahan yang disediakan dan dikhaskan untuk kami.

“Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermain dan mempersendakan kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU,” katanya dalam video di Facebook beliau pada Rabu.

Dalam hantaran itu, Ras Adiba turut memaparkan video mengenai dua pemuda terbabit yang berkongsi cara mendapatkan parkir di pusat beli-belah dengan berpura-pura menjadi OKU.

Video tersebut turut menunjukkan aksi seorang daripada mereka berlakon sebagai OKU dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!