X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Nahas helikopter: Ketua turus tentera India, isteri antara 12 maut

Helikopter malang itu berlepas dari pangkalan tentera udara Sulur di daerah Coimbatore dan dalam perjalanan ke Kolej Perkhidmatan Pertahanan di Wellington di daerah Nilgiris, lapor media India. - Foto ANI
A
A

NEW DELHI - Ketua Turus Tentera India Jeneral Bipin Rawat dan 12 yang lain disahkan terkorban dalam satu nahas udara di Tamil Nadu.

Helikopter Mi-17V5 Tentera Udara India yang membawa 14 penumpang termasuk isteri Rawat dan pegawainya itu terhempas berhampiran Coonoor.

"Dengan penuh dukacita, kini disahkan Jeneral Bipin Rawat, Madhulika Rawat dan 11 lagi penumpang yang berada di dalam helikopter itu disahkan terbunuh," menurut Tentera Udara India.

Seorang mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital tentera.

Helikopter malang itu berlepas dari pangkalan tentera udara Sulur di daerah Coimbatore dan dalam perjalanan ke Kolej Perkhidmatan Pertahanan di Wellington di daerah Nilgiris, lapor media India.

Wellington terletak kira-kira 80 kilometer dari Coimbatore.

Selepas bersara sebagai ketua tentera Rawat, 63, menjadi Ketua Turus Pertahanan (CDS) pertama India sejak jawatan itu diwujudkan pada 2019.

Selaku CDS, beliau juga mengetuai Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan (DMA), sebuah badan yang baharu diwujudkan untuk menyelaraskan hal ehwal tentera darat, laut dan udara.

"Jeneral Rawat mengusahakan pelbagai aspek berkaitan angkatan tentera kita termasuk melaksanakan pembaharuan pertahanan. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam tentera darat. India tidak akan melupakan jasanya," kata Perdana Menteri Narendra Modi.

Menteri Pertahanan Rajnath Singh menyifatkan pemergian Rawat satu "kehilangan yang tiada galang gantinya" bagi angkatan tentera dan negara India. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!