Dua warga Thailand pulang dari Nigeria positif varian Omicron

Thailand melaporkan 3,618 kes baharu Covid-19 dan 38 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,151,384 jangkitan dan 21,035 kematian. - Foto 123rf
Thailand melaporkan 3,618 kes baharu Covid-19 dan 38 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,151,384 jangkitan dan 21,035 kematian. - Foto 123rf
A
A
A

BANGKOK - Dua warga tempatan yang pulang dari Nigeria adalah kes terbaharu varian Omicron Covid-19 di Thailand, kata Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Sumanee Wacharasin.

Beliau berkata dua wanita masing-masing berusia 46 dan 36 tahun itu mengunjungi Lagos, Nigeria untuk menghadiri persidangan Kristian antara 13 dan 23 November.

Mereka tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, kembali ke Thailand pada 24 November dan menjalani kuarantin wajib.

“Keputusan ujian RT-PCR mereka pada 24 November adalah positif Covid-19. Mereka telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

“Memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Omicron sebagai varian yang membimbangan pada 26 November, pihak berkuasa kesihatan menjalankan penjujukan genom ke atas sampel kedua-dua wanita itu.

“Hasil awal penjujukan genom menunjukkan mereka berpotensi untuk dijangkiti varian baharu itu. Penjujukan genom penuh akan dijalankan,” katanya pada taklimat Covid-19 di sini pada Rabu.

Sementara itu, Sumanee berkata seorang lagi wanita tempatan daripada kumpulan sama yang meneruskan perjalanan ke Sweden dari Lagos juga didapati positif Covid-19.

Dengan dua kes terbaharu itu, Thailand kini mempunyai tiga kes pembawa varian Omicron yang didapati positif Covid-19 melalui ujian RT-PCR semasa ketibaan. Tiada kes penularan komuniti dilaporkan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, Thailand melaporkan kes pertama varian Omicron, seorang lelaki Amerika dari Sepanyol.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand melaporkan 3,618 kes baharu Covid-19 dan 38 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,151,384 jangkitan dan 21,035 kematian. - Bernama