X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Proses tender 5G dibuat secara terbuka, tiada apa dirahsiakan

Annuar Musa. Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR- Tiada apa yang disembunyikan dalam proses tender pelaksanaan teknologi 5G ke Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, proses tender tersebut dibuat secara terbuka bermula April lepas dan penilaian dibuat kepada 14 buah syarikat pembekal rangkaian internet.

Kata Annuar, syarikat yang dipilih merupakan firma antarabangsa yang dikenal pasti melalui tinjauan pasaran.

“Daripada 14 syarikat tersebut, lapan buah NEP (Penyedia Peralatan Rangkaian) telah dijemput untuk kemukakan tawaran berdasarkan kriteria berikut.

“Pertama, pengalaman melaksanakan rangkaian 5G yang telah terbukti dan kedua, dia ada ‘local present’ atau mempunyai operasi di Malaysia.

“Daripada lapan syarikat yang ambil bahagian, hanya empat buah syarikat NEP yang telah kemukakan tawaran secara muktamad dalam proses penilaian tender,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tambah Annuar, selepas penilaian dilakukan, kerajaan melantik Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd (Ericsson) sebagai rakan strategik kerana syarikat itu berada di kedudukan teratas dalam komponen utama kriteria penilaian tender.

Penilaian tersebut juga, jelas beliau, melibatkan tiga aspek utama iaitu teknikal, komersial dan sosioekonomi.

“Jadi sebenarnya tidaklah ada apa-apa perkara yang dirahsiakan pun. Saya mengakui pada masa ini, keputusan untuk menggunakan proses ‘single wholesale network’ itu sedang berjalan.

“Proses rundingan antara DNB (Digital Nasional Berhad) dengan syarikat telekomunikasi dan pengendali rangkaian mudah alih sedang berjalan dengan dikawal selia rundingannya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” kata Annuar lagi. -Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!