Pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan di Putrajaya bermula tahun depan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja awalan pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan bagi kegunaan pasukan Bola Sepak Kebangsaan di Putrajaya akan bermula tahun hadapan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara berkata, kerja awalan itu merangkumi kerja ukur dan kajian tanah.

"Untuk makluman ahli Yang Berhormat, KBS sememangnya mempunyai perancangan dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Putrajaya untuk membina sebuah Pusat Latihan Kebangsaan bagi kegunaan pasukan Bola Sepak Kebangsaan di Putrajaya.

"Kerja-kerja awalan pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan ini yang merangkumi kerja ukur dan kajian tanah akan bermula pada tahun hadapan (2022)," katanya.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Senator, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang meminta KBS menyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (National Training Centre) bagi kegunaan pasukan Bola Sepak Kebangsaan di Putrajaya memandangkan rancangan pembinaan pusat latihan ini telah dibuat dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: