Hanya 87 kes kategori tiga hingga lima

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 5,020 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, daripada jumlah itu, 87 kes ialah kategori tiga hingga lima dan 4,933 kes atau 98.3 peratus lagi merupakan kategori satu serta dua.

Menurutnya, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 ialah 2,673,019 kes.

"Sebanyak17 kes import membabitkan 14 rakyat tempatan dan tiga warga asing turut dilaporkan.

"Jumlah penularan dalam negara pula ialah 5,003 kes melibatkan 4,784 rakyat tempatan dan 219 warga asing," katanya.

Tambah beliau, terdapat 428 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 159 pesakit memerlukan bantuan mesin pernafasan manakala bilangan kes sembuh ialah 4,525 dengan jumlah kumulatif, 2,581,395 kes.

Beliau turut memberitahu, sebanyak 13 kluster baharu dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhannya, 6,005 kluster.

"Sebahagian, 5,760 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 245 lagi masih aktif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Perlis terus kekal tertinggi mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) iaitu 1.13 diikuti Labuan (1.06), Melaka dan Pulau Pinang (1.03), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.0).

Kuala Lumpur (0.99), Perak, Selangor dan Terengganu (0.98), Johor (0.97), Kedah (0.96), Kelantan (0.95), Sabah (0.90), Putrajaya (0.87) dan Sarawak (0.71).

Nilai Rt Malaysia ialah 0.99.