X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Kenyataan fitnah Pesuruhjaya Pas Perak, notis saman sudah dikeluarkan

Mujahid (kiri), Razman (kanan).
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah mengeluarkan notis tuntutan saman terhadap kenyataan fitnah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Menurut Mujahid, beliau tidak pernah membuat sebarang kenyataan berkenaan arak dan judi kepada orang bukan Islam.

“Notis tuntutan fitnah terhadap Razman Zakaria telah dikeluarkan.

“Saya tidak pernah sebut apa yang dikaitkan dengan saya tentang arak dan judi ke atas bukan Islam,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Rabu.

Pada Selasa, beliau yang juga Naib Presiden Amanah akan memfailkan saman terhadap kenyataan fitnah Razman Zakaria.

Katanya, beliau telah membaca satu hantaran bertajuk, ‘Bila cacing naik ke mata’ di Facebook Razman Zakaria bertarikh 17 November 2021 yang disifatkan berunsur fitnah terhadapnya.

Mujahid telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang iaitu satu notis tuntutan telah diserahkan kepada Razman pada 30 November 2021.

Kata beliau, sekiranya Razman gagal untuk memohon maaf, menarik balik hantaran tersebut dan membayar ganti rugi kepadanya, beliau akan teruskan dengan tindakan saman di mahkamah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!