54 tarikan program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis, 9 hingga 12 Disember ini.
Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis, 9 hingga 12 Disember ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis, 9 hingga 12 Disember ini menyediakan 54 program menarik untuk pengunjung.

Sepanjang empat hari program itu berlangsung, orang ramai berpeluang mengikuti persembahan kebudayaan, Malam Aspirasi Seni, pameran dan jualan usahawan, program bantuan, padanan perniagaan, galeri pencapaian kementerian, pameran kementerian dan agensi serta ‘I’m Youth’.

Selain itu, antara tarikan utama ialah program ‘Quran Hour Live’ yang akan berlangsung pada hari Jumaat, bertemakan ‘Masuk Syurga Sekeluarga’ bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Program Townhall Skuad Keluarga Malaysia, Skuad Waja, demonstrasi kraf tangan, sukan rakyat, zumba, dikir barat, mewarna batik, persembahan kebudayaan dan acara kesenian, forum dan bual bicara, seminar, e-sport serta persembahan seperti Malam Aspirasi Seni, Acoustic Busking dan persembahan muzik jaz juga diadakan.

Karnival kerjaya pula menawarkan lebih 10,000 jawatan kosong dalam pelbagai sektor dengan 70 majikan berdaftar, ‘profiling’ dan kaunseling kerjaya serta pengambilan Angkatan Tentera Malaysia.

Turut diadakan, pameran ekosistem pekerjaan yang melibatkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia manakala pameran usahawan pula melibatkan 98 gerai usahawan.

Bersempena sambutan 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menawarkan pengurangan bayaran saman dengan kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka bermula 9 hingga 12 Disember.

Segmen Ikon Usahawan pula akan menampilkan usahawan berjaya dalam bidang diceburi, antaranya selebriti usahawan, Datuk Rosyam Nor dan Rozita Che Wan; Pengasas dan Pengurus D'Strike Solution, Mohd Sukur Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan untuk para pengunjung, dengan hadiah utama kereta Proton X50.
Pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan untuk para pengunjung, dengan hadiah utama kereta Proton X50.

Pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan untuk para pengunjung dari barangan elektrik, gajet, motosikal antaranya motosikal Yamaha LC, Modena Kriss, televisyen, komputer riba, tablet, telefon pintar, basikal sehingga hadiah utama kereta Proton X50.

Syarat-syarat untuk menyertai cabutan bertuah senang sahaja, dengan hanya perlu mendaftar di kaunter pendaftaran, Like, Follow dan Share Facebook page Keluarga Malaysia dan ambil gambar serta muat naik di Facebook dengan #KeluargaMalaysia dan komen positif.

Majlis perasmian Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri pada Khamis.

Orang ramai boleh melayari laman web www.keluargamalaysia.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.