RON97 turun tiga sen, RON95, diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun tiga sen seliter daripada RM3.02 kepada RM2.99 seliter bagi tempoh 9 Disember hingga 15 Disember.

Kementerian Kewangan itu dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Kementerian Kewangan menyatakan harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian itu menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: