Derma Arab Saudi daripada SRC berakhir akaun peribadi Najib: Hakim

Najib - Foto Bernama
Najib - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Panel hakim Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu mendapati, isu derma oleh keluarga diraja Arab Saudi yang ditimbulkan oleh pasukan pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, tidak boleh dipertahankan.

Ketika membaca keputusan penghakiman dalam bahasa Inggeris, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman berkata, mahkamah ini mengguna pakai alasan daripada dapatan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pertama katanya, terdapat keterangan yang jelas menunjukkan bahawa dana itu berasal daripada Syarikat SRC International Sdn Bhd kemudian ia berakhir ke akaun peribadi Najib.

“Sekarang, jika ia adalah derma peribadi daripada keluarga diraja Arab, maka tiada sebab ia perlu didepositkan ke dalam akaun SRC yang mana syarikat itu dimiliki oleh Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.

Ketika membaca keputusan penghakiman menerusi aplikasi Zoom, Abdul Karim berkata, Najib percaya bahawa RM49 juta itu merupakan derma daripada kerajaan Arab Saudi sebagaimana surat yang dikirim sebagai bukti sumbangan.

Namun katanya, bukti telah menunjukkan bahawa dari tempoh 2014 hingga awal 2015, kira-kira RM136 juta telah digunakan oleh Najib selaku perayu.

Oleh itu beliau berkata, panel hakim bersetuju hujahan pihak pendakwaan, bahawa surat daripada kerajaan Arab Saudi adalah rekaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

ARTIKEL BERKAITAN:Najib kekal bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:Terkuburkah karier politik Bossku?