'Bukan wajib tapi mesti ambil vaksin Covid-19'

Izani (tengah) meletakkan bunga telur ke 100 bagi gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan 100 tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di sini
Izani (tengah) meletakkan bunga telur ke 100 bagi gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan 100 tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di sini
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri tidak mewajibkan rakyat mengambil vaksin Covid-19 tetapi tetap menyarankan vaksinasi itu bagi mencegah jangkitan virus itu.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, kerajaan negeri telah melakukan pelbagai cara untuk menarik minat dan memberi kesedaran kepada orang ramai termasuk kempen dengan kerjasama pelbagai terutama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau, paling penting kini ialah pengambilan vaksin dan patuh prosedur operasi standard (SOP).

"Apa sahaja nama virus yang berkaitan dengan Covid-19 ini, cara pencegahan dan kawalannya tetap sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan 100 tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di sini pada Rabu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan 141 laporan diterima pihak Polis Kelantan membabitkan lebih 300 individu yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga kini.

Ketika ditanya mengenai varian baharu Covid-19, Izani memberitahu, sehingga kini Kelantan masih terkawal daripada virus Omicron dan berharap orang ramai sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri.

Artikel Berkaitan: