X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Alam Flora kutip 121,000kg barangan kitar semula

Orang awam yang hadir membawa barangan untuk di kitar semula.
A
A

SHAH ALAM - Alam Flora Sdn Bhd menerusi program ‘3R on Wheels’ mengutip sebanyak 121,000 kilogram barangan kitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, program ‘3R on Wheels’ merupakan salah satu inisiatif Alam Flora dalam usaha mengalihkan sisa kitar semula daripada dihantar ke tapak pelupusan sampah.

“Program ini diwujudkan sebagai alternatif untuk memudahkan orang ramai menghantar barangan kitar semula tanpa perlu mencari pusat kitar semula dan sambutan daripada orang ramai sangat positif apabila ‘3R on Wheels’ datang ke kawasan mereka.

“Ia adalah usaha proaktif Alam Flora dalam menyokong hasrat kerajaan melaksanakan pengasingan sisa dan meningkatkan pengalihan sisa, sekali gus menambah aktiviti 3R (guna semula, kurangkan, kitar semula).

“‘Recycle Fest’ juga menghimpunkan pelbagai aktiviti-aktiviti kesedaran kitar semula seperti sesi perkongsian pengurusan sisa, pertandingan melukis untuk kanak-kanak, pertandingan ‘doodling’ alam sekitar terbuka, kempen minyak masak terpakai dan program kutipan barangan kitar semula,” katannya dalam program ‘3R on Wheels’ di Malakat Mall, pada Rabu.

Kenderaan ‘3R on Wheels’ menggunakan kaedah 'roving' di mana ianya lebih pantas dan mudah serta tertumpu kepada golongan sasar khususnya di sekolah, organisasi kerajaan dan swasta serta kawasan awam yang terletak di kawasan konsesi Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Pahang.
Kenderaan ‘3R on Wheels’ menggunakan kaedah 'roving' di mana ianya lebih pantas dan mudah serta tertumpu kepada golongan sasar khususnya di sekolah, organisasi kerajaan dan swasta serta kawasan awam yang terletak di kawasan konsesi Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Pahang.

Mohd Zain berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan dari segi kutipan barang kitar semula melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun untuk tahun 2022.

Tambahnya, Alam Flora amat mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat untuk bekerjasama seperti Malakat Mall dalam program ‘Recycle Fest’.

“Malakat Mall antara syarikat yang turut serta dalam program ‘Recycle Fest’ yang dianjurkan oleh Alam Flora dan memberi sokongan dalam aspirasi kerajaan yang mensasarkan pengurangan sebanyak 40 peratus sisa kitar semula dihantar ke tapak pelupusan sampah menjelang 2025.

“Menerusi kerjasama seumpama ini, kami berharap dapat mensasarkan lebih banyak program-program bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kitar semula dan penambahan kutipan barangan kitar semula pada 2022.

“Amalkan 5R (Resufe, Reduce, Reuse, Recycle dan Recover) dalam kehidupan agar dunia dapat diwarisi dengan baik serta lestari bagi generasi yang akan datang menikmatinya,” kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!