Penerbangan ke Sarawak ditambah untuk kurangkan harga tiket

Henry Sum Agong - Foto Bernama
Henry Sum Agong - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditambah sehingga 300 penerbangan seminggu bermula awal bulan ini sebagai antara usaha untuk mengurangkan harga tambang ke negeri itu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.

Beliau berkata, penambahan kekerapan penerbangan itu melibatkan Malaysia Airlines Berhad, AirAsia, Malindo dan FlyScoot iaitu syarikat penerbangan Singapura setelah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri Sarawak.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak telah memutuskan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan daripada 223 kepada 307 penerbangan seminggu ke Sarawak bermula 4 Disember hingga 5 Januari depan.

“Harga tiket penerbangan ke Sarawak dijangka kembali ke paras purata selepas jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa,” katanya semasa menjawab soalan Senator Rita Sarimah Anak Patrick Insol pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: