Peniaga gerai makan hilang punca pendapatan

Norlizawati Hamzah mencuci luka kaki suaminya, Mohd Sabri Abdul Majid di rumah mereka di Lorong Seri Hujung, di sini.
Norlizawati Hamzah mencuci luka kaki suaminya, Mohd Sabri Abdul Majid di rumah mereka di Lorong Seri Hujung, di sini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang peniaga gerai makan dari Lorong Seri Hujung, di sini hilang punca pendapatan sejak tiga bulan lalu selepas tidak mampu berjalan lama akibat masalah sakit tulang belakang (slipped disc) dan kencing manis.

Mohd Sabri Abdul Majid, 52, berkata, sebelum pandemik Covid-19 dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM50 sehari namun kini terpaksa mengharapkan belas insan saudara mara dan kenalan untuk kelangsungan hidup.

Mohd Sabri memberitahu dia kini hanya mengharapkan bantuan daripada isterinya, Norlizawati Hamzah, 46, untuk menguruskan diri memandangkan hanya mampu berjalan dengan menggunakan tongkat.

"Pada bulan Ogos lalu saya masih mampu meniaga dan memasak untuk pelanggan walaupun kerap mengalami sakit tulang belakang.

"Bagaimanapun, kesakitan tulang belakang yang dialami makin teruk hingga memaksa saya berhenti berniaga pada September lalu sebelum disahkan mengidap 'slipped disc'," jelasnya.

Tambahnya, mereka sekeluarga bukan hanya bergantung kepada wang simpanan yang ada malah isterinya terpaksa menggadaikan barangan berharga selepas mereka kehilangan mata pencarian akibat masalah kesihatan dialaminya itu.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga anak itu berkata, isterinya terpaksa berbuat demikian bagi membolehkan mereka membeli barang keperluan, makanan dan peralatan untuk mencuci luka di kakinya akibat kencing manis.

Dia berkata, anak sulungnya, Nor Fatihah, 24, yang ketika itu sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan di Rusia turut disahkan mengidap kanser usus kecil tahap empat pada Disember 2019.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, anak perempuannya itu terpaksa pulang selepas menjalani pembedahan di sana dengan dibiayai Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Alhamdulillah, anak saya bukan haya menamatkan pengajian secara dalam talian malah keadaan dia makin baik dan hanya perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan di hospital," jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu Mohd Sabri boleh menghubunginya melalui talian 012-5438284 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0212229000033886.