X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

'Sudah 20 hari Nur Haisyah hilang'

Nur Haisyah Hassim, 22, dilaporkan hilang sejak 20 hari lalu. Foto: Ihsan keluarga
A
A

KEMAMAN - Seorang kakak merayu supaya adiknya pulang ke rumah selepas dilaporkan hilang sejak 20 hari lalu.

Menurut Nur Hasyimah Hassim, 28, adiknya Nur Haisyah Hassim, 22, disedari hilang oleh ibunya, Mahani Ibrahim, 48. kira-kira jam 7 pagi pada 19 November lalu selepas tiada di rumah mereka yang terletak di Kampung Pengkalan Binjai, di sini.

"Sebelum ini adik saya tiada masalah dengan keluarga dan tidak pernah bergaduh. Kami memang rapat dan selalu bertanya khabar. Dia satu-satunya anak yang tinggal bersama emak dan ayah kami sebab adik beradik lain sudah tinggal berjauhan.

"Kehilangan dia hanya disedari oleh emak selepas mendapati dia tiada di rumah. Seperti pelik jika nak kata adik saya lari dari rumah sebab dia tak bawa duit. Kami yakin dia keluar rumah dengan hanya sehelai sepinggang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Kata Nur Hasyimah, kira-kira jam 7.32 pagi pada hari pertama disedari hilang itu, adiknya ada menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada emak mereka dengan meminta agar jangan bimbang keadaan dirinya kerana berada dalam keadaan selamat.

"Tetapi selepas saya teliti cara susunan pada ayat pesanan itu, saya percaya mesej tersebut bukan ditaip (tulis) oleh adik saya. Kemudian kami tidak dapat menghubunginya lagi sehingga kini. Talian telefon bimbit adik saya sudah tidak dapat dihubungi," katanya.

Nur Hasyimah merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai adiknya itu supaya segera menghubunginya di talian 01159094857 @ 0183773313.

Tambah wanita itu, laporan polis mengenai kehilangan Nur Haisyah sudah dibuat di Balai Polis Kemaman pada jam 4 petang, 20 November lalu.

"Pada masa sama saya merayu kepada adik supaya cepat pulang, " katanya dengan sebak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!