X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Diskaun saman trafik sehingga 80 peratus

PDRM menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sehingga 80 peratus bermula Khamis sehingga 12 Disember ini.
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sehingga 80 peratus bermula Khamis sehingga 12 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, diskaun tersebut diberikan sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patuh isyarat lampu merah dan memotong di garisan berkembar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos kenderaan turut tidak ditawarkan pengurangan.

"Pembayaran boleh dibuat di kaunter PDRM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen (IPK) serta menerusi aplikasi MyBayar Saman sepanjang empat hari tersebut.

"Individu atau syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan [email protected] ataupun muat turun aplikasi di platform Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei Appgallery," katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal.

"PDRM menggalakkan pembayaran kompaun secara dalam talian serta membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!