Saya kecewa dikatakan 'memalukan negara' - Najib

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kecewa apabila dirinya dikatakan 'memalukan negara' berhubung kes SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapinya.

Ujarnya, meskipun rayuannya mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya ditolak Mahkamah Rayuan, ketika memegang jawatan pelbagai perkara berjaya dibawa termasuk meningkatkan aset negara dari RM800 juta kepada RM2 trilion.

"Sudah tentu saya sedih dipanggil begitu, kerana sepanjang karier saya sebagai Perdana Menteri, saya fokus dalam mempromosi kepentingan negara.

"Ketika saya memegang jawatan, aset keseluruhan negara meningkat dari RM800 juta kepada RM2 trilion.

"Saya banyak mencipta kekayaan kepada negara, ini hanya contoh yang saya berikan," jelasnya dalam sidang media secara dalam talian pada Rabu.

SRC International | Najib ulangi sumpah tidak tahu tentang RM42 juta

Terdahulu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil ketika membacakan keputusan menjelaskan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib bukan satu kepentingan negara, sebaliknya memalukan negara.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadapnya yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Artikel Berkaitan:

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.

Mengulas lanjut, tambah Najib, ada skandal lain yang turut melibatkan kehilangan wang negara.

"Jika kita nak bercakap mengenai 'memalukan negara', ada skandal lain seperti isu forex di mana negara hilang RM31 bilion.

"Jika itu kita letakkan dalam konteks, tidakkah ia lebih beri kesan besar kepada pelaburan negara. Saya cuma nak bagi perspektif yang betul," jelasnya.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, tambah Najib, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan ketika beliau masih memegang jawatan bagaimanapun dihentikan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

"Ketika saya dalam jawatan, kerajaan telah wujudkan RCI untuk menyiasat secara terperinci bagaimana kehilangan RM31 bilion itu berlaku.

"Namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah buat keputusan untuk tidak meneruskan dan klasifikasi sebagai tiada tindakan susulan. Kehilangan RM31 bilion diklasifikasi sebagai tiada tindakan, ini cuma nak berikan perspektif yang lebih jelas," jelasnya lagi. -Awani

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

ARTIKEL BERKAITAN:Najib kekal bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:Terkuburkah karier politik Bossku?