X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Waris Sivaneswaran dicari bantu proses pengambilan anak angkat

Sivaneswaran
A
A

KLANG - Waris Sivaneswaran yang berusia enam tahun dicari bagi membantu prosedur pengambilan anak angkat kanak-kanak tersebut.

Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang, Nik Ahmad Nabal Nik Mansor berkata, kanak-kanak tersebut merupakan mangsa pengabaian ibu bapa kandung yang telah dirujuk oleh pihak hospital ketika usianya dua bulan kerana menghidap penyakit radang paru-paru.

Menurutnya, ibu kandung kanak-kanak itu tiada tempat tinggal tetap manakala bapa kandungnya pula ketika itu berada di dalam penjara.

"Kanak-kanak itu telah di bawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Klang untuk mendapatkan Perintah di bawah Subseksyen 30(1) (e)Akta kanak-kanak 2001 dan telah ditempatkan kawasan selamat atau perlindungan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang.

"Pada tarikh 5 Julai 2019, melalui surat tawaran anak pelihara di bawah seksyen 30(1)(c)(i) Akta kanak-kanak 2001,ibu bapa pelihara telah ditawarkan untuk menjaga kanak-kanak selama tempoh dua tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, ibu bapa pelihara kini ingin mengangkat kanak-kanak terbabit di bawah seksyen 30(4) Akta kanak-kanak 2001 selepas melebihi tempoh pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu bapa peliharaan.

Jelasnya, pihaknya sedang mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak itu bagi membantu siasatan sebelum kanak-kanak itu di bawa semula ke mahkamah.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang di talian 03-33413913.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!