X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

[VIDEO] Tindakan Najib memalukan negara, kata Hakim

Najib - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA – Panel hakim Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menyifatkan, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan kerajaan menjadi penjamin kepada syarikat SRC International Sdn Bhd adalah satu perbuatan yang memalukan negara.

Ketika membaca keputusan penghakiman dalam bahasa Inggeris, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman berkata, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan, menjadi penjamin kepada syarikat korporat berkaitan kerajaan GLC (merujuk kepada syarikat SRC) dengan mengetahui ia tidak boleh membayar balik pinjaman atau faedah.

Menurutnya, Najib selaku perayu terlibat secara aktif dalam memastikan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) diberi kepada SRC.

Katanya, Najib terbabit secara aktif dalam memastikan pinjaman RM4 bilion daripada KWAP disalurkan kepada SRC.

Bagaimanapun, selepas dana dikeluarkan, perayu tidak ambil tahu dengan keberadaan dana itu, tidak bertanya daripada SRC mengenai perkara itu, bagaimana ia digunakan atau bagi tujuan apa.

“Itu adalah pengurusan kewangan dana awam yang teruk, tidak boleh cakap ia dilakukan demi kepentingan negara.

“Tiada isu kepentingan negara di sini, ia cuma memalukan negara,” katanya, ketika prosiding rayuan Najib untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana SRC.

Abdul Karim yang bersidang bersama Hakim bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera berkata, Najib mengarahkan Menteri Kewangan kedua ketika itu supaya tidak mengganggu urusan SRC.

Katanya, ini ditunjukkan dalam pengaliran RM42 juta daripada SRC ke akaun peribadi Najib.

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

ARTIKEL BERKAITAN:Najib kekal bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:Terkuburkah karier politik Bossku?


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!