Sultan Johor murka!

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda Tuanku bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mangsa yang dimasukkan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU!

Mangsa yang dikumpulkan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih sejak pagi ini dibawa ke HSI. - Foto Raziatul Hanum A.Rajak
Mangsa yang dikumpulkan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih sejak pagi ini dibawa ke HSI. - Foto Raziatul Hanum A.Rajak

“Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya.

“Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang hanya melakukan tugas seperti pemandu ambulans, pekerja kantin sekolah," titah Sultan Johor kepada Royal Press Office seperti dipetik dari Facebook di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.

Artikel Berkaitan:

“Sekolah juga tidak harus dibuka selagi keadaan tidak benar-benar selamat untuk pelajar dan guru. Kurangkan juga seberapa banyak pergerakan di luar,” titahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Heret segera ke muka pengadilan, beri hukuman setimpal'

Dua lagi sekolah terjejas pencemaran kimia

Sekolah tutup hingga betul-betul selamat: MB Johor