Sedia pasukan perubatan di taman tema, elak insiden berulang

Seorang remaja maut akibat serangan jantung selepas masuk ke sebuah rumah hantu di pusat peranginan di Bentong Rabu lalu.
Seorang remaja maut akibat serangan jantung selepas masuk ke sebuah rumah hantu di pusat peranginan di Bentong Rabu lalu.
A
A
A

MELAKA - Ibu kepada remaja lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang berharap taman-taman tema di pusat peranginan di dalam negara mempunyai pasukan perubatan mereka sendiri.

Norizan Mohd Said yang masih bersedih namun reda dengan pemergian anak lelakinya itu berkata, sekurang-kurangnya kewujudan pasukan perubatan dapat memberikan bantuan awal sekali gus mengelakkan insiden yang berlaku ke atas anaknya terjadi kepada orang lain.

"Cuma akak nak katakan di sini, kalau boleh tempat-tempat taman tema macam rumah hantu itu biarlah ada pasukan paramedik supaya bila berlaku kecemasan seperti anak saya dapat diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, remaja berusia 16 tahun itu yang bercuti bersama ahli keluarganya tiba-tiba jatuh serta tidak sedarkan diri dipercayai akibat terkejut selepas memasuki sebuah rumah hantu.

Mangsa difahamkan menghadapi masalah jantung berlubang namun tidak diketahui oleh ahli keluarganya

Jenazah Allahyarham diuruskan serta dibawa pulang ke Melaka melalui bantuan pasukan Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) Sabak Bernam dan UKVJ Melaka sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru pada Ahad.

Artikel Berkaitan: