Selangor bantu kos penyelenggaraan perumahan strata

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sentiasa membantu badan pengurusan bersama (JMB) membabitkan kos penyelenggaraan perumahan strata terutama jenis kos rendah di negeri ini.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, antara bantuan diberikan adalah melibatkan JMB bermasalah dalam program kebun komuniti sekali gus mempunyai pendapatan membayar semula caj penyelenggaraan.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini masih belum ada dasar khusus untuk membantu penyelenggaraan perumahan berstrata terutama jenis kos rendah yang menjadi panduan kepada kerajaan negeri.

"Ini berdasarkan peruntukan Seksyen 9(1) Akta 757 jelas menyatakan tanggungjawab untuk menjalankan penyelenggaraan masih terletak di bawah pemaju sekiranya belum diserahkan kepada JMB.

“Seksyen 21(1) akta sama pula menyatakan kewajipan JMB untuk menyelenggara melalui hasil kutipan daripada pemilik petak,” katanya ketika sesi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke -14 di sini pada Rabu.

Roziah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Shatiri Mansor (PKR-Kota Damansara) mengenai dasar kerajaan negeri sekiranya ada untuk membantu penyelenggaraan atau pembaikan perumahan strata.

Dalam pada itu, Roziah berkata, unit-unit petak kediaman berstrata adalah pemilikan persendirian dan tertakluk kepada Akta 757 untuk membayar caj penyenggaraan.

Menurutnya, faktor kutipan sewa oleh pemilik petak tiada kaitan dengan permasalahan kewangan yang dialami oleh sesebuah badan pengurusan JMB.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, unit-unit rumah yang disewakan oleh pemilik petak adalah tertakluk kepada pemakaian Akta ini untuk dikenakan sebarang tindakan perundangan sekiranya gagal menjelaskan caj penyenggaraan yang ditetapkan oleh badan pengurusan JMB," katanya ketika menjawab pertanyaan adakah sebarang rancangan untuk membantu perumahan yang ada masalah kewangan atas sebab kutipan sewa.