X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Peruntukan undang-undang tidak halang Najib jadi PM

Dr Mahathir
A
A

SHAH ALAM - Peruntukan undang-undang di Malaysia yang ada tidak akan menghalang untuk Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menjadi ahli Dewan Rakyat atau Perdana Menteri sekali lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, masa yang diambil bagi penangguhan pelaksanaan hukuman akan mencecah lebih setahun sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

“Sekarang Mahkamah Rayuan sudah sahkan keputusan Najib bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Oleh kerana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, banduan Najib tidak akan menjalani hukuman kerana Najib membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Ini hak hakim. Belum pernah ada kes sebesar jenayah yang dilakukan oleh Najib. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat. Orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat penangguhan pelaksanaan seperti ini.

“Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan. Di masa itu ia bebas seperti orang yang tidak bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib kekal bersalah

Kalau semasa menanti ia dibenar terus jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia juga dapat bertanding dalam Pilihan Raya 15. Jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi Perdana Menteri juga,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Tambah Dr Mahathir, Malaysia berkemungkinan akan ada rekod selepas membenarkan banduan menjadi Perdana Menteri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!