Klopp tabik persembahan lima bintang Liverpool di San Siro

Mohamed Salah konsisten menghasilkan jaringan buat Liverpool musim ini.
Mohamed Salah konsisten menghasilkan jaringan buat Liverpool musim ini.
A
A
A

PENGEDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gembira dengan cara The Reds bangkit untuk mengatasi AC Milan di San Siro sekali gus mencipta rekod baharu apabila menjadi kelab Inggeris pertama memenangi semua enam aksi kumpulan Liga Juara-Juara.

Gol daripada Mohamed Salah, yang merupakan gol ke-20 musim ini, dan Divock Origi memastikan kemenangan 2-1 pelawat selepas tuan rumah mendahului menerusi Fikayo Tomori pada minit ke-29.

Untuk rekod, Klopp telah membuat lapan pertukaran terhadap skuad yang menjinakkan Wolves di Molineux pada Sabtu dengan hanya Alisson Becker, Salah dan Sadio Mane dikekalkan.

"Tetapi malam ini terdapat banyak perkara yang boleh menjadi kebanggaan terhadap skuad ini antaranya persembahan yang luar biasa. Saya tidak bermaksud kerana kami memenangi enam perlawanan, saya maksudkan permainan ini kerana ia sangat bagus apabila banyak perubahan yang dilakukan menghasilkan impak positif.

"Adalah mudah bagi saya untuk melakukan perubahan tetapi para pemain perlu cukup yakin untuk menunjukkan betapa bagusnya mereka dan saya melihat begitu banyak perkara bola sepak yang bagus malam ini yang luar biasa.

“Dan kami memenangi semua enam perlawanan, yang sememangnya luar biasa apatah lagi hanya satu lagi babak untuk kumpulan ini.

"Sebenarnya ia bukan hanya berkaitan memenangi semua enam perlawanan sebaliknya lebih daripada itu setiap kali membawa pulang tiga mata. Saya akan mengambil setiap pungutan mata untuk ke pusingan seterusnya tetapi 18 adalah yang terbaik jadi kami berpuas hati," ujar Klopp.

Pada masa sama Klopp amat gembira dengan persembahan para pemain pertahanan The Reds setelah menurunkan empat pemain baharu termasuk Nat Phillips yang membuat penampilan pertama musim ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya benar-benar fikir kami bertahan dengan sangat baik.

“Rancangan Milan bermain melalui bahagian tengah, melalui separuh ruang antara pemain sayap kurang menjadi apabila kami menjadikannya rumit hasil berdisiplin tinggi semua pemain," ujarnya.

Sementara itu, pengendali AC Milan, Stefano Pioli berkata: "Kami telah belajar banyak dalam enam perlawanan ini. Ia bukan perlawanan dan keputusan yang kami mahukan malam ini."