Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan pada Rabu berikutan sebahagian ketidakpastian mengenai pandemik telah mula hilang apabila saintis mula mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang varian Omicron.Gambar hiasan
Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan pada Rabu berikutan sebahagian ketidakpastian mengenai pandemik telah mula hilang apabila saintis mula mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang varian Omicron.Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan pada Rabu berikutan sebahagian ketidakpastian mengenai pandemik telah mula hilang apabila saintis mula mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang varian Omicron.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.2220/2240 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2330 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pelabur bimbang varian baharu akan menyebabkan satu lagi sekatan pergerakan di peringkat global.

“Bagaimanapun, kini diketahui bahawa varian ini tidak membawa maut seperti yang sebelumnya. Dari aspek teknikal, USD/MYR (kadar pertukaran dolar AS-kepada-ringgit) cuba untuk melepasi julat halangan utama pada 4.2400.

“Jika harga dapat melepasi melebihi 4.2400, ia boleh merosot kepada 4.2900. Sebaliknya, jika USD/MYR turun daripada 4.1930, ia boleh mengukuh kepada 4.1400 dalam masa beberapa hari,” katanya dalam kenyataan.

Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding pound.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0915/0934 daripada 3.0974/0986 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7188/7206 daripada 3.7221/7230.

Ia naik berbanding euro kepada 4.7599/7621 daripada 4.7699/7710, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.5916/5943 daripada 5.6133/6147 pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: