Liverpool bangkit langgar AC Milan di San Siro

Divock Origi antara penjaring gol untuk Liverpool dalam aksi di Milan.
Divock Origi antara penjaring gol untuk Liverpool dalam aksi di Milan.
A
A
A

SKUAD kedua Liverpool mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menyingkirkan gergasi Itali, AC Milan dari pentas Eropah dalam aksi Kumpulan B saingan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-1 di San Siro.

Jaringan Mohamed Salah (36') dan Divock Origi (55') memadamkan pendahuluan Fikayo Tomori (29') sekali gus membantu The Reds menjadi kelab Inggeris pertama memenangi kesemua enam perlawanan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Tiga mata itu menyaksikan skuad Jurgen Klopp melabuh tirai kumpulan menduduki tempat teratas Kumpulan B dengan 18 mata setelah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik sebelum ini.

"Apa yang dilakukan para pemain Liverpool malam ini, saya amat berbangga. Satu persembahan luar biasa. Memiliki 21 percubaan, begitu juga dalam banyak situasi kami bermain cemerlang dan bertahan dengan bersemangat dan teratur," ujar Klopp.

AC Milan menduduki tempat terakhir dengan empat mata dalam kempen Liga Juara-Juara pertama sejak 2013-14, ketika Atletico Madrid menewaskan Porto 3-1 untuk mara ke peringkat kalah mati dengan menduduki tempat kedua dengan tujuh mata, dua mata di depan kelab Portugal itu.

KEPUTUSAN

AC Milan 1-2 Liverpool

Tomori (29')

Artikel Berkaitan:

Salah (36')

Origi (55')

PSG 4-1 Club Brugge

Mbappé (2') (7')

Messi (38') (76')

Rits (68')

RB Leipzig 2-1 Manchester City

Szoboszlai (24')

André Silva (71')

Mahrez (76')

Porto 1-3 Atlético Madrid

Griezmann (56')

Correa (90')

De Paul (92')

Sérgio Oliveira (96')

Borussia Dortmund 5-0 Beşiktas

Malen (29')

Reus (47'), ('53')

Haaland (68'), (81')

Ajax 4-2 Sporting CP

Haller (8')

Nuno Santos (22')

Antony (42')

David Neres (58')

Berghuis (62')

Bruno Tabata (78')

Real Madrid 2-0 Inter Milan

Kroos (17')

Asensio (79')

Shakhtar Donetsk 1-1 Sheriff

Fernando (42')

Nikolov (93')