X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Status RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis tumpuan hari ini

Status Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Status Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan mesyuarat, pertanyaan itu diajukan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) kepada Menteri Dalam Negeri.

Antara lain, yang turut menjadi tumpuan adalah persoalan daripada Tuan Lukanisman Awang Sauni (GPS - Sibuti) kepada Menteri Kesihatan berkenaan langkah untuk memastikan bekas pesakit positif Covid-19 yang mengalami 'Long Covid' mendapat akses perubatan yang mencukupi di seluruh negara.

Pada masa sama, beliau mahu penjelasan adakah kementerian tersebut mempunyai data mengenai jumlah pesakit 'Long Covid' melebihi 12 minggu setakat Oktober 2021.

Selain itu, isu berkenaan atlet yang mewakili negara ke pertandingan sukan luar negara menerima gaji atau elaun atau imbuhan yang sama di antara lelaki dan wanita turut menjadi fokus sidang Dewan Rakyat hari ini.

Persoalan itu akan diajukan Fuziah Salleh (PH-Ampang) kepada Menteri Belia dan Sukan.

Beliau turut meminta penjelasan berkenaan jumlah yang diterima mengikut jantina dan kategori sukan yang dipertandingkan.

Selesai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa bagi beberapa kementerian.

Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember ini. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!