Cheng Hoe enggan cepat berpuas hati

Tan Cheng Hoe - Foto Bernama
Tan Cheng Hoe - Foto Bernama
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan cepat berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya sekalipun mereka melakar kemenangan besar 3-1 ke atas Kemboja dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan pada Isnin.

Cheng Hoe berkata, masih ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam skuad Harimau Malaya sebelum pertemuan menentang Laos di venue sama pada Khamis ini.

“Saya nampak pada perlawanan menentang Kemboja, kita ada masalah di bahagian tengah kerana kita tiada beberapa tonggak utama bermain di posisi tersebut.

“Namun, saya masih menaruh harapan kepada pemain kerana apa yang penting ketika ini adalah corak permainan kita. Selain masalah di bahagian tengah, pemain juga perlu memperbaiki (aspek) hantaran mereka yang saya lihat tidak begitu bagus.

“Sebab kalau kita lihat kegagalan pemain untuk buat hantaran yang bagus, ia akan membenarkan lawan melakukan counter attack yang agak bahaya kepada pasukan. Perkara macam itu perlu diatasi segera,” katanya.

Pada masa sama, Cheng Hoe berharap barisan pemainnya bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk beraksi di posisi berbeza dalam perlawanan akan datang.

“Kalau lihat jadual agak padat, kita ada tiga perlawanan (aksi kumpulan) berturut-turut selang dua hari, sebab itu setiap pemain kena bersedia dengan kemungkinan ada penggiliran dan ada posisi agak lain, mereka terpaksa jalankan tugas itu

“Kita tahu pasukan ada beberapa pemain senior dan pemain muda yang mampu galas tugas tersebut dan boleh beri keseimbangan dalam pasukan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: