X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

'Pondok misteri' ditemui di bulan

Sebuah objek ganjil dan digelar sebagai 'pondok misteri' (dalam bulatan) ditemui oleh sebuah kenderaan penjelajah milik China di permukaan bulan. - Foto CNSA
A
A

BEIJING - Sebuah kenderaan penjelajah milik China, Yutu 2 Rover menemui satu objek misteri yang digelar oleh sebuah saluran sains berbahasa Cina sebagai sebuah 'pondok misteri' di permukaan bulan baru-baru ini.

Struktur misteri yang berbentuk kiub itu dikatakan sedang disiasat oleh kenderaan tersebut bagi mengetahui apakah sebenarnya objek tersebut.

Penemuan itu didedahkan menerusi diari Yutu 2 dan disiarkan oleh saluran sains berbahasa Cina yang bersekutu dengan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) baru-baru ini.

Bagaimanapun, terdapat pakar yang percaya bahawa ia kemungkinan seketul batu besar.

Kenderaan penjelajah itu yang tiba di permukaan bulan pada tahun 2019 selepas dihantar dengan sebuah kapal angkasa merakamkan gambar objek misteri tersebut ketika ia menuju ke Kawah Von Karman di Lembangan Aitken.

Ketika ia melakukan rakaman itu, jarak objek tersebut dengan kenderaan penjelajah tersebut ialah 79.24 meter.

Namun, saintis-saintis China kini tertarik dengan objek tersebut manakala kenderaan penjelajah itu akan mendekatinya bagi melakukan siasatan. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!