X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Letusan Gunung Semeru: Kerajaan, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah

M Saravanan - Foto Bernama
A
A

JAKARTA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat republik itu susulan tragedi letusan Gunung Semeru, di daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur, Sabtu lalu.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan belasungkawa kepada pemerintah dan rakyat Indonesia di atas tragedi letusan Gunung Semeru.

"Semoga pihak keluarga kepada mangsa-mangsa tragedi ini tetap tabah dan diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini," katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat Indonesia, Ida Fauziyah, di sini.

Presiden Joko Widodo pada sekitar tengah hari meninjau lokasi tempat kejadian dan menyampaikan rasa sedih susulan tragedi yang berlaku.

Beliau mahu memastikan seluruh keperluan cukup untuk menjalankan kerja menyelamat, pemindahan penduduk terjejas dan perancangan pemulihan infrastruktur yang rosak.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia pada Selasa melaporkan jumlah korban meningkat menjadi 34 orang, manakala 17 orang masih hilang.

Gunung Semeru secara mengejut memuntahkan abu tebal setinggi lebih 12,000 meter ke langit, dengan gas membakar dan lava mengalir menuruni lereng gunung ke kawasan penempatan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!