Dua projek tangani risiko tanah runtuh jadi keutamaan KKR

Kajian bagi reka bentuk baharu struktur cerun di kawasan tanah runtuh di Simpang Pulai, Perak telah dimasukkan dalam senarai keutamaan projek bagi 2022.
Kajian bagi reka bentuk baharu struktur cerun di kawasan tanah runtuh di Simpang Pulai, Perak telah dimasukkan dalam senarai keutamaan projek bagi 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kajian bagi reka bentuk baharu struktur cerun di kawasan tanah runtuh di Simpang Pulai, Perak telah dimasukkan dalam senarai keutamaan projek bagi 2022.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu bertujuan memastikan risiko tanah runtuh dapat dikurangkan pada masa depan.

"Kementerian Kerja Raya (KKR) ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh...kerja-kerja kecemasan sedang giat dijalankan oleh pihak konsesi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Bagi kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands pula, Arthur berkata, pihak konsesi melaksanakan kerja-kerja kecemasan dan ia juga telah dimasukkan dalam senarai keutamaan projek bagi tahun depan, selain kajian terperinci akan dilaksanakan bagi mengurangkan risiko.

Rang undang-undang yang memperuntukkan sejumlah RM823,509,000 kepada KKR dalam Bajet 2022 diluluskan dengan lebih suara menyokong setelah dibahaskan 24 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: