Sukan SEA Vietnam berlangsung dari 12 hingga 23 Mei

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Sukan SEA Vietnam 2021 yang ditangguhkan sebelum ini berikutan pandemik Covid-19 akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika berkongsi di laman Twitter miliknya perkembangan terkini berkenaan temasya terbesar sukan Asia Tenggara itu memaklumkan keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang berlangsung pada Selasa.

Untuk rekod Sukan SEA Vietnam pada awalnya berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember lalu, namun jawatankuasa penganjur memohon temasya dwitahunan itu ditunda ke tahun depan berikutan Covid-19 selain masih belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan Vietnam.

Artikel Berkaitan: