X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Malaysian Tigress dapat pengiktirafan khas AHF

Pemain Malaysian Tigress yang membawa cabaran negara di Trofi Juara-Juara Asia di Korea Selatan. - Foto Malaysian Hockey Confederation
A
A

PERSEKUTUAN Hoki Asia (AHF) memberi pengiktirafan khas kepada skuad projek khas wanita negara yang sedang beraksi di kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Donghae, Korea Selatan.

Anugerah Pengiktirafan Khas itu diberikan sebagai penghormatan kepada Malaysian Tigress atas dedikasi, usaha, kesanggupan dan kerjasama menyertai kejuaraan walaupun tidak dibenarkan beraksi dalam dua perlawanan berdepan China dan India, selepas Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif Covid-19.

“Ia adalah minggu yang sukar buat atlet dan pasukan Malaysia yang telah membuat persiapan rapi selama berbulan-bulan dan mengembara ke Donghae, Korea Selatan untuk saingan Trofi Juara-juara Asia.

“Susulan keadaan tidak diduga, pasukan Malaysia tidak dapat mengambil bahagian pada hari pertama dan kedua kejohanan itu,” menurut AHF dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Ahad, skuad hoki wanita kebangsaan tidak dibenarkan turun menentang China oleh penganjur selepas seorang daripada pemain negara disahkan positif Covid-19 ketika ketibaan pada 29 November, yang menyebabkan seluruh pasukan negara dikuarantin sejak 1 Disember.

Malaysia juga terlepas perlawanan kedua berdepan India pada Rabu tapi akan berdepan Jepun pada Rabu diikuti Korea Selatan (9 Disember) dan Thailand (11 Disember) dalam saingan enam pasukan itu.

Pencapaian terbaik skuad negara adalah kedudukan pingat gangsa pada edisi 2013, manakala pada edisi 2018, skuad Malaysian Tigress menamatkan saingan di tempat keempat. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!