X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

KDA FC, Sherman berpisah

Sherman muncul antara penjaring gol utama KDA FC sejak dua musim lalu. -Foto Kedah Darul Aman FC
A
A

PENYERANG sensasi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kpah Sherman memilih haluan untuk bersama pasukan lain pada musim hadapan.

Perkara tersebut dikongsi oleh KDA FC dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Selasa.

Menurutnya, pengurusan dan pasukan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sherman yang telah mencurahkan segalanya dan perjuangan sepenuh hati sepanjang menyumbang tenaga dengan skuad hijau kuning sejak musim 2020.

"KDA FC menghormati pilihan Kpah Sherman untuk melanjutkan kontrak musim 2022 dengan pasukan berbeza walaupun barisan kejurulatihan berhasrat mengekalkan beliau semusim lagi.

"Warga KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya beliau dengan pasukan baharu," katanya.

Mengulas lanjut, sepanjang menabur bakti selama dua musim, Sherman telah menjaringkan sebanyak 19 gol bersama pasukan Kedah.

"Selain pernah beraksi untuk kejohanan kelayakan dan Play-Off Piala AFC 2020, beliau antara penyerang import yang sering menjaringkan gol membantu kemenangan pasukan Kedah, seterusnya membantu Kedah keluar sebagai Naib Juara Liga Super 2 tahun berturut-turut," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!